Assalamualaikum, hi ! ini adalah sambungan blog saya sebelum ini. Saya ada menerangkan pengalaman saya temuduga SPA.
Kini, hampir sebulan lebih saya menghadiri Temuduga Pelukis Pelan (senibina) JA19 pada 5/4/2021 dan akhirnya saat yang ditunggu-tunggu oleh calon ialah result. Pada tarikh 24/5/2021 result pun keluar rasanya dalam pukul 5.30 petang. Saya mendapat keputusan sebagai Calon Simpanan. Saya amat-amat bersyukur atas apa yang saya dapat. kerana kita merancang Allah menentukan. Alhamdulillah.
Saya faham ramai calon yang lebih layak untuk mendapat Lantikan Tetap. jadi saya tidak mengharapkan dapat mengatasi mereka. Bagi saya, selepas ini saya akan lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai apa yang saya mahukan. Banyak yang perlu saya baiki. Ramai juga saya baca di Group Facebook mengatakan mereka ada yang lebih 10 kali sudah exam atau lebih 7 kali ke temuduga bagi pelbagai jawatan. Bagi saya sendiri memang bukan senang ! memang susah ! serius. tapi saya hanya boleh kongsikan pengalaman saya. itupun saya calon simpanan mungkin dipanggil mungkin tidak saya redha sahaja.
Dan berkaitan dengan lantikan tetap saya tidak pasti tentang itu, bagi saya jika ada rezeki dipanggil saya pergi dan lakukan yang terbaik. jika tiada rezeki kali ini , saya percaya Allah merancang perkara lain bagi saya atau ada orang lebih memerlukan kerja ini. sekian


Assalamualaikum. Sy calon simpanan bomba kb19. Perit juga penantian yang tak pasti ni
ReplyDelete