Perjalanan ke Labuan (Jumaat,16 Feb 2024)
Setelah beberapa bulan, akhirnyaa saya telah 'berjaya' menamatkan semester 4 (semester akhir). Alhamdulillah. Jadi, saya decide untuk berjalan-jalan di Kota Kinabalu dan alang-alang ke Kundasang.
Pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Labuan, kerana suami saya berkerja di sana. Perjalanan selama 2jam 32min menaiki MAS Airline. kemudian baru ke Kota Kinabalu
![]() |
![]() |
Sampai ke Labuan Airport, cantik dan selesa di sini. saya stay di Labuan selama 1 malam. sampai pun dah lewat jadi rehat-rehat sahaja... jalan jalan santai ke Pantai Labuan
![]() |
| kuat angin best sangat-sangat acah 'titanic' *padahal suami dah cakap panas ni cepat sikit hee |
Perjalanan ke Kota Kinabalu (Sabtu,17 Feb 2024)
1. Speed boat Labuan – Menumbok 20 minit (RM 14.50)
2. Dari Menumbok – Kota Kinabalu naik bas 2 jam. (RM19-20), beli dekat easybook
![]() |
| Speed boat Labuan – Menumbok (RM 14.50) *beli dekat kaunter awal takut habis |
![]() |
| speedboat entrance |
![]() |
| bas ke Kota Kinabalu |
Kota Kinabalu (Sabtu,17 Feb 2024)
Alhamdulillah, sampai ke KK Sentral. kami gerak ke hotel jalan kaki dalam 5 minutes tapi cuaca agak panas, acah-acah matsaleh je jalan kaki. kami menginap di Cititel Express Hotel memang recommended sebab bersih service tiptop.
sunset view, petang tu masa rehat dah godek-godek tempat nak dituju. jadi kami menuju ke Tanjung Aru Beach ngam-ngam sampai tu memang dah nak senja matahari turun. kami naik maxim, sama macam Grab tapi jauh lebih murah.
![]() |
| SubhanaAllah lawa sungguh |
Next destination we went to Imago Mall, actually nak ke pasar malam tapi most of maxim rejected us maybelah sebab jam nak ke sana. jadi kami jalan-jalan cuti mata ke mall sahaja.sekian untuk hari perjalanan.
Kota Kinabalu ke Kundasang (Ahad,18 Feb 2024)
Memang plan asal nak ke Kundasang. yeay! pergi juga.. kami dah deal siap-siap untuk sewaan kereta. Then dapatlah kereta saga untuk kami sewa naik ke Kundasang. Harga sewa RM 120 sehari, kami akan guna terlebih beberapa jam jadi tambahan jam akan dikenakan RM10 per jam.
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke kundasang mengambil masa dalam 2Jam 30Minit. Taraa sampai tempat lembu, comelnyeee..
![]() |
| Jambatan Tamparuli |
![]() |
| Gunung-ganang |
- Adult (age 13 years and above) : RM 5
- Child (age 7 - 12 years)* : RM 4
- Free (Child below 7 years / Disabled (OKU))* : RM 0
Konsep tempat ini ialah Jepun. Terdapat banyak kostum Jepun untuk dicuba. Pemandangan indah Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan jelas dari sini. Jika anda ingin bermalam, terdapat pelbagai jenis bilik dan homestay yang boleh anda pilih. Pemandangan malam juga memukau. Disyorkan untuk datang ke sini!
kemudian, kami amat letih yaa.
kami stay di ARS 696 Villa Mesilou tempat ini pun recommended juga RM150 semalam. rehat sahaja tak sempat ke mana mana lagi sebab dah nak malam.
Kundasang malam rasanya aktiviti bbq memang onzz. btw, dekat atas ada Bataras Superstore korang takyah risau nak bawa barang banyak dari bawah kalau ada planning nak buat bbq ke. semua ada dalam store tu.
sekian..


.jpeg)









Comments
Post a Comment