PENGALAMAN FIRST TIME INTERVIEW SPA 2021

Hi Assalamualaikum, setelah beberapa minggu baru rasa nak share pengalaman interview SPA gred JA19. Tujuan utama nak share pengalaman ni sebab saya pun salah seorang yang suka baca blog pengalaman orang lain pergi interview. Jadi apa salah kita share kan. benda dah jadi hee. 

Setelah selesai exam online kita kene pergi second step iaitu Temuduga atau sesi mengenal calon. 


Pada tarikh 4 April ialah birthday.saya jadi temuduga ini adalah sehari lepas birthday. mcm fikir time tu Ya Allah mintak2 la ni hadiah hari jadi kalau LULUS ni. Tapi apa apa pun sebab first time so tak mengharap sangat untuk dapatkan. sebelum hari kejadian tu saya dah siap isi myresume,susun sijil-sijil, siapkan pakaian yang sesuai, study tentang tugas , jabatan (study and fahamkan) , doa and tawakal. dan saya bukan berlatar belakangkan senibina. tetapi saya berkelulusan Diploma Pengurusan Hartanah. dan jawatan ini adalah mengunakan kelulusan SPM. 

PADA HARI KEJADIAN..

saya sampai awal dalam pukul 9 dah ade dekat bangunan tu. Masa tu saya rasa takut campur bersyukur sebab First time kan interview Kerajaan hehe. 

Depan bilik nak interview, staf-staf SPA baik je semua ramah je dorang akan tanya kalau tengok kita terpingga2. mcm saya hehe. datang awal sangat!

baru je duduk dalam 10-15 minit mcmtu nombor saya kena panggil, DUP DAP DUP DAP ! laju betul jantung time ni. pastu ketuk pintu tiga kali trus masuk bagi salam dan serahkan file pada panel. Ada 2 panel daripada Jabatan dan juga dari SPA. saya jalan berundur ke kerusi hehe then duduk tapi tidak bersandar dan ni antara soalan yang saya dapat dan masih ingat.

1. Pkenalkan diri.

- nama,umur,asal pendidikan tertinggi.

2. Apa yang kamu tahu tentang jawatan ini? 

- saya dah hafal and faham kan apa skop jawatan jadi saya concluded kan

3. Apa kelebihan awak berbanding calon yang lain?

- saya tak ingat exactly apa jawapan saya 😂 tapi saya jawap saya minat dan saya tahu menggunakan software Autocad dan juga SketchUp. 

4. Boleh hadapi tekanan ke?

5. Minat sahaja tidak cukup apa kelebihan lain yang awak boleh berikan kepada kami utk kami pertimbangkan?

- saya betul-betul komited dan juga ingin menyumbangkan ilmu pengetahuan dan juga tenaga saya terhadap sektor awam dan saya juga adalah seorang yang fleksible saya tidak kesah jika pihak tuan menghantar saya ke mana mana cawangan dan juga saya tidak teragak-agak untuk bekerja lebih masa bagi menyiapkan tugasan yang diberi. 

6. Jika posting di tempat2 lain boleh beri komitmed ke? Boleh jauh dr keluarga?

- boleh , ini adalah kerana saya fleksible jadi saya tidak kisah pihak tuhan menghantar ke mana mana jabatan. 

7. Ada apa apa soalan nak diberikan kepada kami?(ni last )

- harapan kita.

8. Di dalam kerja berkumpulan kamu adalah pekerja yang bagaimana? 

9. kenapa mahu bekerja dengan kerajaan? 

dan banyak lagi...

dalam 20 minit sesi temuduga tersebut berjalan. dan saya pun pulang..


Comments