Assalamualaikum,
harini saya rasa nak share tentang Malaysian University English Test (MUET) & ianya adalah syarat utama kalau nak menjejakkan kaki ke Degree.
jadi, saya ad buat bacaan tentang maklumat MUET / MoD (Muet on Demand). saya nak share supaya lebih ramai tahu. baru-baru ini adik saya banyak terlepas info tentang tarikh muet jadi saya rasa nak share & saya melakukan research sedikit supaya dapat membantu adik saya & adik-adik yang lain. info ini juga kepada lepasan STPM,DIPLOMA,ASASI,MATRIK & lain-lain yg memerlukan Muet dgn masa singkat.
MUET yang biasa akan ada 3 kali sahaja dalam setahun & keputusan dalam 2 bulan selepas semua exam dijalankan,
bagi Mod tiap2 bulan dibuka & keputusan dalam 3 minggu selepas exam. boleh daftar di sini http://apps.mpm.edu.my/mod/public/register
juga bayaran bagi MUET biasa RM100 , jika Mod bayaran sebanyak RM250.
| Jadual MUET Sumber: https://www.mpm.edu.my/pautan-pantas/kalendar-peperiksaan/muet-2022 |
p/s : bagi Mod peperiksaan dijalankan satu hari sahaja ya! Goodluck kepada semua. & pada 8 Januari 2022 ini saya akan teman adik saya untuk mengambil Mod ini di SK Padang Garuda,Kuantan. Jadi inshAllah saya akan kongsikan serba sedikit info. Terima kasih kerana sudi membaca ! 😁

Comments
Post a Comment