Assalamualaikum,
Saya nak ceritakan tentang pengalaman kali kedua saya Temuduga
Nak story A-Z la rasa.. okay pertama sekali macam biasa kita perlulah memohon di laman web SPA.. jawatan yang kita mahukan, sesuai dengan kelayakan yang kita miliki.
Ada satu hari tu saya ada tengok di facebook rasmi spa dan mereka ada iklan kekosongan jawatan memang saya inginkan sebab saya dulu belajar Diploma dalam bidang tersebut, cuma sekarang saya tak menceburi bidang - bidang hartanah atau penilaian jadi terkaburlah diploma saya begitu sahaja. Tetapi kali ni saya memohon dengan harapan ada rezeki saya kali ini.
Di atas ni iklan dia, saya excited nak mohon. sebab sekarang saya masih 'on contract' of course saya nak jawatan tetap. dan saya pun memohon.
Dan dapat panggilan untuk Psikometrik..
Dan keputusan keluar pada 28/2/2022 saya pass. Alhamdulillah syukur walau baru di first stage pass
For next stage saya menunggu untuk panggilan Temuduga. Tetapi gap agak lama dan saya dapat membuat persediaan dari segi pengetahuan. saya refresh balik pelajaran saya yang telah lama ditinggalkan, lagipun saya sekarang bekerja di bawah bahagian undang - undang dan lari dari bidang valuation ;)
Saya dapat email untuk panggilan Temuduga pada 09.02.2023
Hari kejadian. DUP DAP DUP DAP ;)
Banyak juga calon jawatan lain yang hadir untuk Temuduga kali ini
Soalan - soalan yang ditanya :
(Pengerusi)
1. perkenalkan diri
2. skop kerja
3. Boleh berkerja di sabah & sarawak
4. Apa yang ada dalam "Land Title"
(Jabatan)
1. Cara kiraan penilaian
2. kaedah penilaian
3. cukai pintu.. terangkan (sebab saya pernah intern di perbadanan putrajaya)
4. cara penetapan kadar cukai pintu / kenapa ada tempat mahal.. bincangkan
dan lain - lain soalan.. jadi marilah kita tunggu keputusan lagi sebulan..
sekian.. ;)
*updated : keputusan temuduga sudah keluar & saya tak dapat jawatan ini, inshaa Allah rezeki tempat lain ;)





Comments
Post a Comment